Perantauan bangsa arab ke Alam Melayu: kesannya terhadap percambahan kata pinjaman Arab-Melayu

Ahmed Thalal Hassan, and Zaharani Ahmad, and Imran Ho Abdulah , and Zamri Ahmad , (2011) Perantauan bangsa arab ke Alam Melayu: kesannya terhadap percambahan kata pinjaman Arab-Melayu. In: Seminar Merantau : Imagining Migration in Malay World, March 2011, Goethe, University of Frankfurt Germany. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (141Kb) | Preview

Abstract

Peminjaman kata merupakan unsur yang lazim berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia yang telah lama wujud sejak berabad yang lalu. Peminjaman kata adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran. Kata serapan juga dikenali sebagai kata pinjaman. Peminjaman kata merupakan gejala biasa dalam bahasa yang terjadi kerana pertembungan masyarakat pengguna bahasa yang berlainan, ia selalunya berlaku akibat penghijrahan dan perantauan penuturnya. Begitu juga yang berlaku dalam bahasa Melayu yang mana meminjam kata dari bahasa Sanskrit, Arab, Belanda dan kini Inggeris. Peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu telah berlaku sejak berabad yang lalu bermula dari sejarah kedatangan para perantau Islam ke Tanah Melayu yang membawa agama dan bahasa mereka sekali. Kedatangan agama Islam dan bahasa Arab ke Kepulauan Melayu menyebabkan kata Arab terserap ke dalam bahasa Melayu. Malah kata pinjaman ini telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Melayu dan undang-undang. Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris. Di Alam Melayu pada ketika itu, bahasa Sanskrit merupakan bahasa asing yang pertama tersebar ke rantau ini. Selepas itu bahasa Arab pula mencorakkan bahasa Melayu melalui kedatangan para perantau Islam yang memainkan peranan sebagai pendakwah Islam yang bertanggung jawab menyerapkan perkataan-perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu. Masa persinggahan bagi para perantau ini yang terlalu lama di Kepulauan Melayu memberi ruang kepada penyebaran bahasa Arab ini terutamanya melalui pengajaran agama Islam. Justeru itu, faktor utama berlakunya peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu adalah kerana faktor urusan perniagaan dan penyebaran agama Islam yang dibawa oleh para perantau Arab ke Tanah Melayu. Oleh itu, kertas ini akan memperkatakan tentang kesan perantauan bangsa Arab ke Alam Melayu terhadap percambahan kata pinjaman ini dan perubahan dari sudut morfologi yang berlaku apabila KPA terserap dalam bahasa Meyu. Apabila peminjaman bahasa berlaku maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaitu yang bersifat sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Maka, peminjaman kata memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject Heading:
Keywords: Peminjaman kata - Faktor - Pengaruh - Kesan
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 26 Nov 2012 17:08
Last Modified: 02 Dec 2012 12:20
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/996

Actions (login required)

View Item View Item