Penggunaan strategi belajar bersama rakan dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Ahmed Thalal Hassan, and Ghazali Yusri, and Parilah M. Shah, and Wan Haslina Wah, (2012) Penggunaan strategi belajar bersama rakan dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 27. pp. 37-50. ISSN 2180-3463

Official URL: http://apjee.usm.my/APJEE_27_2012/apjee27_2012_ART...

Abstract

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sendiri.

Item Type: Non-Indexed Article
Subject Heading: Self-managed learning
Keywords: Strategi belajar bersama-sama rakan - Pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab - Strategi pembelajaran kendiri - MSLQ
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 26 Nov 2012 16:49
Last Modified: 22 Feb 2015 08:26
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/995

Actions (login required)

View Item View Item