Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab

Ahmed Thalal Hassan, and Ghazali Yusri, and Nik Mohd Rahimi, and Parilah M. Shah, and Wan Haslina Wah, (2011) Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab. GEMA Online™ Journal of Language Studies , 11 (1). pp. 81-89. ISSN 1675-8021

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%2011%20(1)%...

Abstract

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy) dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 yang melibatkan seramai 445 orang sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO7 yang melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Pemilihan pelajar dibuat dengan mengambil kira faktor latar belakang pengalaman bahasa Arab dan gugusan fakulti pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri pelajar berada pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap komponen ini menunjukkan bahawa jangkaan untuk berjaya dalam kursus di UiTM berada pada tahap yang tinggi manakala jangkaan untuk menguasai kemahiran lisan bahasa Arab secara umum berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan agar konsep jangkaan terhadap keupayaan kendiri perlu diterapkan dalam

Item Type: Non-Indexed Article
Subject Heading: Self-efficacy
Keywords: Self-efficacy - Arabic language learning - Oral Arabic skills - Self-regulated learning - MSLQ.
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 26 Nov 2012 16:30
Last Modified: 22 Feb 2015 08:23
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/992

Actions (login required)

View Item View Item