Kajian konsep kerusi menunggu bagi premis sukan.

Mohd Khairul Shukri Abdul Rashid, (2011) Kajian konsep kerusi menunggu bagi premis sukan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji konsep rekaan kerusi 'waiting chair' bagi kegunaan premis-premis sukan.Selain itu,kajian ini juga turut mengenalpasti jenis-jenis permasalahan yang timbul terhadap penggunaan kerusi yang sedia ada di premis-premis pada masa kini.Kajian ini juga dilakukan bagi mengkaji apakah jenis-jenis kriteria yang sesuai dalam penghasilan kerusi 'waiting chair' bagi kegunaan di premis sukan.Kajian ini telah dijalankan di premis-premis sukan yang terletak di sekitar kawasan Kota Bharu,Kelantan.Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi telah terlibat secara langsung dalam kajian ini.Kaedah borang soal selidik merupakan antara kaedah yang digunakan dalam mengumpul data.Struktur bagi borang soal selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada empat bahagian iaitu,bahagian demografi,kerusi 'waiting chair',kriteria produk dan ergonomik.Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa sebanyak 60% daripada responden yang terlibat secara langsung dalam kajian ini bersetuju dengan rekaan kerusi menunggu yang berkonsepkan 'sporty' dengan penekanan lebih diberikan dari aspek pengaplikasian bentuk dan juga pemilihan warna pada rekaan kerusi.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 29 Jan 2018 01:18
Last Modified: 29 Jan 2018 01:24
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/9248
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item