Dikir barat Kelantan:satu kajian lirik.

Siti Mardiah Mohamad, (2010) Dikir barat Kelantan:satu kajian lirik. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Dikir barat adalah di antara seni warisan masyarakat Kelantan yang paling terkenal sejak dulu lagi.Setiap persembahan dikir barat tidak akan lengkap tanpa tiga tonggak utama iaitu tukang karut,juara atau 'tok jogho' dan awak-awak.Ini diikuti oleh iringan muzik yang terdiri daripada alat muzik seperti rebana ibu dan anak serta tetawak.Keistimewaan dikir barat adalah kreativiti seseorang tukang karut yang mampu menghasilkan lirik lagu secara spontan yang kebanyakannya bersifat lucu namun mengandungi maksud yang tersirat di sebaliknya.Dari situ lahirlah pelbagai bentuk lirik lagu sama ada berunsur cinta,nasihat,agama dan sebagainya.Kajian yang dilakukan ini melihat aspek lirik lagu-lagu dikir barat yang terkenal,menyenarai dan mengkaji kategori-kategori lagu yang berbeza untuk menyingkap maksud serta mesej yang cuba disampaikan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 29 Jan 2018 01:27
Last Modified: 29 Jan 2018 01:27
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/9172
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item