Penggunaan perkhidmatan perbidanan dalam masyarakat melayu:kajian perbezaan antara masyarakat bandar dan kampung daerah Tanah Merah.

Suzilawati Che Rani, (2010) Penggunaan perkhidmatan perbidanan dalam masyarakat melayu:kajian perbezaan antara masyarakat bandar dan kampung daerah Tanah Merah. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Penggunaan perkhidmatan perbidanan kini semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya golongan muda kerana mereka lebih suka menggunakan perkhidmatan yang lebih moden seperti hospital.Namun, mereka tidak sedar bahawa perkhidmatan yang menggunakan ilmu perbidanan ini juga sama keberkesanannya dengan perkhidmatan hospital.Kajian ini akan melihat kepada beberapa kebaikan iaitu untuk mengetahui kepelbagaian perkhidmtan, cara-cara perubatan dan rawatan yang masih lagi menjadi sambutan masyarakat terhadap ilmu perbidanan ini.Kaedah yang dilakukan semasa menjalankan kajian ini adalah temuramah, fotografi, pemerhatian dan sumber sekunder.Kajian ini telah dilakukan di daerah Tanah Merah dan enam buah kampung telah dipilih untuk dijadikan sebagai tempat kajian.Pengkaji telah memilih tiga buah kampung yang terletak di kawasan pedalaman dan tiga buah kampung yang terletak di kawasan bandar atau berhampiran dengan bandar.Seorang bidan akan ditemuramah bagi mewakili sebuah kampung dan sepuluh orang masyarakat kampung bagi mendapatkan data mengenai perkhidmatan perbidanan ini.Seterusnya pula, pengkaji telah menyarankan cadangan untuk mengekalkan ilmu perbidanan ini agar ianya tidak hilang ditelan zaman dan menjadi tumpuan masyarakat.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 29 Jan 2018 01:35
Last Modified: 29 Jan 2018 01:35
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/9107
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item