Masyarakat Orang Asli Kampung Punjut dan pencapaian pendidikan.

Mohd Khairulizan Abd Majid, (2010) Masyarakat Orang Asli Kampung Punjut dan pencapaian pendidikan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Masyarakat Orang Asli merupakan salah satu khazanah warisan negara yang masih wujud sehingga kini.Orang Asli terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.Setiap suku bangsa ini terdiri daripada kumpulan etnik yang dikelompokkan di bawah kategori suku bangsa tersebut dan tiap-tiap etnik ini berbeza dengan yang lain.Oleh itu orang asli tidak dapat dibilang dengan cara menyeluruh.Malah kebanyakan mereka mempunyai perbezaan mengikut kelompok masyarakat Orang Asli itu sendiri.Akta Orang Asli 1954(Akta 134)semakan 1974 dan beberapa takrifan lain yang menyatakan tentang pentingnya bagi seseorang itu mengamalkan cara hidup dan adat Orang Asli bagi menyatakan mereka dalam takrif sebagai seorang daripada masyarakat Orang Asli, walaupun terdapat perubahan daripada segi agama dan perkahwinan.Kajian ini bertujuan mengkaji tentang masyarakat Orang Asli Punjut dan persoalan pendidikannya.Antara aspek yang dikaji dan kajian ini ialah kewujudan, latar belakang, pembangunan, kebajikan dan cara hidup mereka.Manakala bagi persoalan pendidikan pula melihat dari sapek kefahaman, persediaan fizikal dan pencapaian dalam pendidikan masyarakat Orang Asli Punjut ini.Kajian ini dijalankan melalui beberapa peringkat seperti pembacaan, fotografi dan kajian lapangan.Bagi kajian lapangan, banyak berkisar di daerah Kluang, Johor seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Kluang, Sekolah Kebangsaan Kahang,Pusat Latihan Orang Asli Kluang dan perkampungan masyarakat Orang Asli Punjut di Kluang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 29 Jan 2018 01:37
Last Modified: 29 Jan 2018 01:37
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/9106
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item