Kajian terhadap penggunaan unsur-unsur kepercayaan dalam mantera melayu.

Mohd Basri Aziz , (2010) Kajian terhadap penggunaan unsur-unsur kepercayaan dalam mantera melayu. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Projek penyelidikan ini adalah usaha untuk mendedahkan dan mengenalpasti penggunaan unsur kepercayaan dalam mantera melayu yang lampau.Kepercayaan ini dapat dilihat daripada kebanyakan perubatan tradisional melayu.Perubatan cara ini tidak menggunakan rawatan secara saintifik malahan kadang-kadang hanya menggunakan mantera untuk mengubati sesuatu jenis penyakit.Semua bangsa di dunia ini mempunyai cara perubatan tradisional masing-masing.Di Malaysia,cara perubatan tradisional mempunyai banyak jenis dan setiap kaum mempunyai caranya yang tersendiri.Mantera ini telah menjadi salah satu komponen wajib dalam sesuatu perubatan tradisional melayu seperti mantera perbomohan, mantera pakaian diri dan kegunaan mantera dalam ritual.Walaupun begitu, pada hari ini, penggunaan mantera ini tidak lagi dianggap salah satu cara perubatan yang betul setelah masyarakat melayu mengalami perubahan dalam kepercayaan.Masyarakat melayu telah melalui beberapa fasa perubahan dalam sistem kepercayaannya.Antaranya, masyarakat melayu telah menganuti kepercayaan animisme, Buddha, Hindu dan Islam.Daripada kempat-empat kepercayaan yang telah disebutkan, Islam merupakan agama yang telah memberikan kesan dan impak yang mendalam bagi kehidupan masyarakat melayu.Sejak kedatangan Islam, kebanyakan mantera melayu telah mengalami perubahan yang ketara dari segi penggunaan unsur kepercayaan iaitu menerapkan unsur Islam dengan menggunakan Al-Quran dan doa puji-pujian yang diterima dalam Islam.Namun begitu,terdapat juga penggunaan unsur mantera melayu yang telahpun dicampur adukkan dengan kepercayaan lama tetapi telahpun disilamisasikan.Melalui perubahan kepercayaan ini,adakah mantera melayu ini masih lagi boleh diterima oleh masyarakat dan haruskah mantera ini dipelihara sebagai khazanah warisan tradisi lisan masyarakat melayu.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 29 Jan 2018 01:43
Last Modified: 29 Jan 2018 01:43
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/9088
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item