Lukisan gua : Kepentingan terhadap penyelidikan arkeologi

Jamain, Nor Roziman (2010) Lukisan gua : Kepentingan terhadap penyelidikan arkeologi. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Penyelidikan arkeologi terutamanya kajian mengenai lukisan dinding gua ( Prehistoric Rock Art) sememangnya salah satu disiplin ilmu yang masih baru di negara kita. Oleh itu pengkaji telah memilih bidang arkeologi tersebut sebagai pilihan tajuk untuk tesis ini. Kajian berkaitan dengan lukisan dinding gua di Malaysia sememangnya masih lagi baru dan kurang di buat penyelidikan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menetapkan kajian berkaitan dengan lukisan dinding gua ini dari segi pemuliharaannya, maka tersirat, motif, tujuan, dan juga langkah-langkah pemuliharaan. Kajian ini juga menggunakan kaedah-kaedah kualitatif dimana kajian ini merupakan nilai-nilai data yang dikategorikan sebagai data bukan berangka. Dalam menyiapkan penyelidikan ini, pengkaji mendapatkan maklumat kajian melalui temuramah, kajian teks di perpustakaan yang merangkumi kaedah merekod, internet, rujukan melalui buku-buku dan lawatan ke tapak kajian (Gua Batu Cincin, Gua lembing dan Gua Cha). Untuk mengelakkan kepupusan dan kemusnahan terhadap lukisan dinding gua sememangnya salah satu daripada tugas yang sukar. Langkah pemuliharaan yang dianggap sesuai perlulah dibuat bagi mengelakkan kepupusan. Selain itu persoalan berkaitan motif dan makna dan juga pentarikhan yang tepat berkaitan dengan lukisan dinding gua ini perlulah dikaji bagi menjamin keunggulan dan kejayaan penyelidikan yang akan datang.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dato' Dr. Adi Bin Haji Taha
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 Aug 2017 08:28
Last Modified: 21 Aug 2017 08:28
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/8480

Actions (login required)

View Item View Item