Unsur-unsur animisme dalam seni persembahan main puteri

Mohd Noor, Siti Noridayu (2010) Unsur-unsur animisme dalam seni persembahan main puteri. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Main Puteri adalah kesenian yang telah lama bertapak di Kelantan dan dipengaruhi oleh kepercayaan kuno masyarakat Melayu. Seni persembahan ini adalah satu proses perubatan yang menggunakan ritual untuk mengubati penyakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa-kuasa ghaib. Proses ini menggunakan bomoh sebagai perantaraan dengan alam ghaib dan diiringi oleh elemen-elemen teater dan muzik. Kajian ini meneliti unsur-unsur animisme yang terdapat dalam persembahan dan persepsi masyarakat terhadap seni persembahan Main Puteri berdasarkan ajaran Islam. Dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif, pengkaji melihat seni persembahan Main Puteri dalam konteks kepercayaan masyarakat Melayu sendiri dalam mempercayai kaedah rawatan penyakit yang diamalkan. Kajian ini juga membincangkan pendapat para ulama dan ustaz tentang pandangan Islam terhadap persembahan Main Puteri.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Raja Iskandar Bin Raja Halid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 Aug 2017 08:28
Last Modified: 21 Aug 2017 08:28
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/8478

Actions (login required)

View Item View Item