Kajian sukan tomoi di Kelantan

Mohd Mazlan, Mohd Ismail Fahmi (2010) Kajian sukan tomoi di Kelantan. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Tomoi merupakan sejenis seni beladiri yang berasal dari negara Thai. Dikenali dengan nama Muay Thai di negara asalnya, Tomoi telah dipraktikkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya di negeri di utara semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Ia secara tidak langsung menjadi seni milik warga negara Malaysia termasuk mereka yang berbangsa Siam. Seni mempertahankan diri ini merupakan seni yang menggabungkan seni bela diri dari negara-negara Asia yang lain seperti China (Wushu, Kung Fu), India (Silambam) dan lain-lain. Seni bela diri ini banyak mengaplikasikan pergerakan dan penggunaan 4 pasang anggota iaitu sepasang kaki, sepasang buku lima, sepasang lutut dan sepasang siku. Kajian ini ingin mengupas tentang sejarah serta teknik Tomoi yang terdapat di Kelantan. Diharap hasil kajian ini akan menyumbang kepada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kesenian dan sukan ini. Ia juga mampu dijadikan bahan rujukan untuk kajian seterusnya.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Raja Iskandar Bin Raja Halid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 Aug 2017 08:28
Last Modified: 21 Aug 2017 08:28
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/8475

Actions (login required)

View Item View Item