Mengkaji rekaan perabot kafe yang berimejkan Universiti Malaysia Kelantan

Mohamad Noor, Badariah (2015) Mengkaji rekaan perabot kafe yang berimejkan Universiti Malaysia Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Mengkaji rekaan perabot kafe yang berimejkan Universiti Malaysia Kelantan merupakan tajuk kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji. Kajian ini menerapkan motif dan corak songket iaitu bunga pecah lapan dalam rekaan perabot kafe / split table. Penerapan motif dan corak songket adalah untuk menghasilkan perabot yang berimejkan univerisiti dan rekaan perabot yang tersendiri. Bunga pecah lapan merupakan corak abstrak pada tenunan songket yang diilhamkan dari alam semula jadi menggambarkan keunikan dan kreativiti hasil tenunan yang menarik. Ekplorasi bentuk motif bunga pecah lapan bertetapan dengan objektif kajian untuk menghasilkan perabot yang beridentitikan selain seimbang dari segi fungsi dan bahan yang digunakan. Rekaan perabot yang beridentiti akan dapat menghasilkan rekaan yang tersendiri dengan menerapkan motif songket yang melambangkan identiti masyarakat melayu.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 Aug 2017 08:26
Last Modified: 21 Aug 2017 08:26
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/8452
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item