Gaya pakaian remaja perempuan.

Halima, Ishak (2015) Gaya pakaian remaja perempuan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Rekaan pakaian kasual untuk remaja perempuan ini diinspirasikan daripada gaya pakaian remaja itu sendiri.Rekaan ini mengambil pohon semalu sebagai motif utama dalam setiap rekaan.Baju yang direka sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja untuk majlis yang tidak formal sebagai contoh ke kampus,membeli belah dan sebagainya.Rekaan bagi motif ini dihasilkan menggunakan teknik printing silk screen sebagai alternatif kepada pengenalan gaya remaja yang gemar dengan gaya ringkas dan sederhana.Penggunaan warna bagi rekaan ini mengambil warna yang sinonim dengan remaja perempuan yang biasanya dikaitkan dengan warna lembut seperti merah jambu,biru dan oren.Manakala fabrik yang digunakan untuk menghasilkan pakaian santai ini ialah cotton lycra dan denim sebagai memenuhi citarasa golongan remaja.Pohon semalu atau nama saintifik ialah Mimosa pudica dipilih sebagai inspirasi kerana wanita sering dikaitkan dengan pohon semalu yang merupakan pohon sensitif apabila disentuh ia akan menguncup.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 22 Aug 2017 02:00
Last Modified: 22 Aug 2017 02:00
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/8308
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item