Infografik dalam menyampaikan maklumat tentang ukiran kayu Kelantan.

Aribah , Tahir (2015) Infografik dalam menyampaikan maklumat tentang ukiran kayu Kelantan. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai infografik dalam menyampaikan maklumat tentang ukiran kayu Kelantan.Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan melayu.Kehalusan seni ukir kayu Kelantan terbukti tinggi nilainya terutama ukiran tradisional.Seni ukiran kayu adalah di antara media pengucapan seni orang melayu dahulu kala.Seni ukir merupakan suatu hasil ciptaan yang tinggi seninya.Tetapi akibat daripada pengaruh-pengaruh dan masalah-masalah tertentu,perkembangannya pada zaman moden ini tidaklah begitu baik atau tidak mencapai satu peringkat yang boleh membanggakan masyarakat melayu.Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian mengenai pemahaman orang ramai tentang ukiran kayu Kelantan iaitu melalui infografik di sekitar kawasan negeri Kelantan.Ini kerana,orang ramai mengetahui tentang ukiran kayu hanya dari buku-buku yang mana penyampaian dalam buku tersebut panjang yang tidak ada yang ringkas.Setakat ini tidak ada sesuatu yang ringkas dalam menyampaikan maklumat mengenai ukiran kayu.Kajian ini dilakukan untuk memperkenalkan ukiran kayu melalui infografik dalam keadaan yang ringkas dan padat.Perbincangan masalah ini akan mencetuskan tujuan dan persoalan kajian untuk menghasilkan sebuah infografik yang menarik dan dapat menyampaikan mesej dengan cara yang berkesan kepada kumpulan sasaran.Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti infografik yang sesuai dan menarik di samping dapat memepengaruhi dan menyampaikan mesej dengan berkesan kepada golongan masyarakat yang tertentu.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Nuzul Haqimi Muhammad
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 02 Aug 2017 07:35
Last Modified: 02 Aug 2017 07:35
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/7723

Actions (login required)

View Item View Item