Mengenalpasti aspek rekabentuk kerusi rehat di tempat kediaman yang berkonsepkan refleksologi.

Amirul Rizan, Adnan (2015) Mengenalpasti aspek rekabentuk kerusi rehat di tempat kediaman yang berkonsepkan refleksologi. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai aspek rekabentuk pada sesebuah kerusi rehat dan menyelesaikan permasalahan bagi mengurangkan keradangan otot.Kajian ini melihat kepada permasalahan kerusi yang tidak memenuhi ciri-ciri rekabentuk yang sesuai menyebabkan kecederaan otot kerap berlaku.Proses merekabentuk kerusi rehat berdasarkan masalah kecenderungan sakit pada bahagian belakang badan dan membuat lakaran awal konsep yang telah dibangunkan menggunakan teori-teori rekabentuk.Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang patut ada pada sebuah kerusi rehat bagi memastikan produk yang bakal dihasilkan ini bermutu dan memenuhi kehendak pengguna.Bagi memastikan faktor-faktor yang dikehendaki mencapai sasaran yang telah ditetapkan beberapa kajian dan analisa akan dilakukan.Di antara kajian dan analisa yang akan dilakukan ialah analisa terhadap badan manusia dan analisa terhadap struktur kerusi yang bakal direkabentuk.Setelah mendapat keputusan daripada analisa tersebut,segala kelemahan pada rekabentuk produk ini dapat diperbaiki.Akhir sekali,melalui hasil kajian yang telah dilakukan terhasilah sebuah rekabentuk kerusi rehat yang berkonsepkan refleksologi untuk mengurangkan kesan keradangan otot disebabkan oleh aktiviti harian.Dengan terhasil rekabentuk tersebut diharapkan dapat membantu serta meningkatkan produktiviti wanita khususnya.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: En.Azmeer Bin Abdul Moin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 02 Aug 2017 07:35
Last Modified: 02 Aug 2017 07:35
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/7664

Actions (login required)

View Item View Item