Peranan poster dalam mempromosikan industri pelancongan negeri Kelantan.Sejauhmanakah ianya berkesan kepada para pelancong.

Nik Emi Rosyaida, Raja Nik Lah (2012) Peranan poster dalam mempromosikan industri pelancongan negeri Kelantan.Sejauhmanakah ianya berkesan kepada para pelancong. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Poster merupakan media cetak yang popular dalam kalangan masyarakat kita seharian.Poster memainkan peranan penting dalam apa jua sekalipun baik untuk menyampaikan maklumat,untuk mengiklankan sesuatu dan sebagainya.Penyampai sesuatu maklumat atau info di dalam poster tidak akan sempurna sekiranya tidak menitikberatkan elemen seperti visual,warna,tipografi dan juga reka letak.Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa negeri Kelantan sememangnya kaya dengan sumber alam semulajadi,bebas daripada kesibukan kota dan juga bebas dari pencemaran alam.Negeri Kelantan merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan plihan pelancongan.Di dalam kajian pengkaji,pengkaji memfokuskan kepada tiga kawasan pelancongan di negeri Kelantan iaitu kawasan bandar,kawasan pesisiran pantai,dan kawasan pedalaman.Kawasan bandar meliputi Pasar Siti Khadijah,Istana Jahar(Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan),Bank Kerapu,Pasar Wakaf Che Yeh dan sebagainya.Manakala di kawasan pesisiran pantai pula merangkumi Pantai Sri Tujuh,Pantai Irama,Pantai Melawi dan Pantai Cahaya Bulan.Kawasan pedalaman pula seperti Gunong Stong,Jeram Linang,hutan lipur Bukit Bakar,Lata Rek dan juga Lata Hujan.Pengkaji akan mengagihkan borang kaji selidik kepada 220 orang responden yang berada di luar dari negeri Kelantan.Borang kaji selidik akan di agihkan secara rawak kepada responden.Sebagai kesimpulannya,poster memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri pelancongan di negeri Kelantan kepada pelancong.Disamping itu,kajian ini juga menitikberatkan rekabentuk visual terhadap kalendar aktiviti seperti permainan tradisional Kelantan.Kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu pengenalan,sorotan kesusasteraan,kajian metodologi,keputusan analisis,perbincangan dan rumusan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Abdullah Sani Bin Kamaluddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 02 Aug 2017 07:34
Last Modified: 02 Aug 2017 07:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/7662

Actions (login required)

View Item View Item