Naib Canselor UMK terima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Naib Canselor UMK terima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M). [Photo Gallery]

[img]
Preview

Download (139Kb) | Preview

Abstract

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, dikurniakan anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’ daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob, sempena Hari Kelahiran beliau ke-74, di Dewan Sri Negeri Air Keroh, Melaka di sini, hari ini. Prof. Datuk Dr. Raduan merupakan salah seorang daripada 240 penerima yang menerima darjah kebesaran pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang Pingat Kebesaran Negeri Melaka. Anugerah D.P.S.M ini mula dikurniakan kepada orang peseorangan yang telah banyak berbakti dan berjasa kepada negeri Melaka. Prof. Datuk Dr. Raduan mula dilantik sebagai Naib Canselor UMK pada 1 Januari 2012 bagi menggantikan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang tamat perkhidmatan pada Disember 2011. Beliau merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, dengan lulusan University of Leeds, United Kingdom dalam jurusan Human Resources Management/International Business dan mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejakJun 2010. Sehubungan itu, seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas pengurniaan yang telah dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Datuk.

Item Type: Photo Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 18 Oct 2012 09:30
Last Modified: 18 Oct 2012 09:30
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/741

Actions (login required)

View Item View Item