Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri. [Photo Gallery]

[img]
Preview

Download (425Kb) | Preview
[img]
Preview

Download (232Kb) | Preview

Abstract

KEDATANGAN Syawal kali ini lebih memberi makna buat anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dari di sekitar daerah di Bachok apabila di bawa untuk membeli-belah bagi persediaan menyambut hari raya Aidilfitri, di Mydin Mall, Kubang Kerian, Kelantan. Mereka terdiri daripada 100 anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik daripada Sekolah Kebangsaan Bachok, Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi, Sekolah Kebangsaan Tawang, Sekolah Kebangsaan Jelawat 2, Sekolah Kebangsaan Tangok, Sekolah Kebangsaan Badak, Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Sekolah Kebangsaan Kubang Golok, Sekolah Kebangsaan Perupok dan Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Pengarah Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (PHKS), YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran bin Nik Muhammad, berkata, pada program kali ini setiap anak-anak ini diperuntukkan sebanyak RM100 untuk setiap seorang bagi membeli pakaian mereka dan turut diberi duit raya. Katanya, sumbangan duit raya itu diberikan pada majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

Item Type: Photo Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 15 Oct 2012 10:34
Last Modified: 15 Oct 2012 10:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/704

Actions (login required)

View Item View Item