Kajian terhadap reka bentuk bangku di dalam pusat membeli belah One Utama.

Muhammad Hafizuddin , Mohd Toha (2015) Kajian terhadap reka bentuk bangku di dalam pusat membeli belah One Utama. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Laporan ini telah menerangkan mengenai penyelidikan tentang reka bentuk bangku di dalam pusat membeli belah One Utama yang baru dengan reka bentuk yang menarik dan fleksibel.Penyelidikan ini telah dilakukan selama beberapa bulan yang merangkumi kajian kes,pencarian data dari sumber media seperti majalah,buku,laman sesawang dan sebagainya.Penyelidikan ini telah dilakukan secara terperinci mengikut masa yang telah ditetapkan untuk menyiapkan projek penyelidikan ini.Laporan ini menjurus kepada kajian projek penyelidikan di mana telah melalui proses pencarian maklumat dengan mengumpulkan data yang telah dibuat untuk menyiapkan penyelidikan.Laporan ini turut menyediakan beberapa maklumat berkaitan dengan rekaan produk,ciri-ciri produk,tempat produk tersebut akan diletakkan,kawasan produk dan sebagainya.Selain itu,penyelidikan ini turut melibatkan metodologi penyelidikan dalam kajian yang dilakukan di sekitar kawasan Bandar Utama Damansara dan telah mencari beberapa responden tempatan untuk mendapatkan pandangan dan komen mereka mengenai projek penyelidikan yang dijalankan ini.Pengkaji telah mencari kunci permasalahan mengenai penyelidikan yang dijalankan ini iaitu mengenai reka bentuk bangku di dalam pusat membeli belah One Utama dan menyelesaikan masalah dan seterusnya memberi beberapa cadangan untuk mempertingkatkan rekaan bagi bangku sedia ada di dalam pusat membeli belah tersebut.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 02 Aug 2017 07:33
Last Modified: 02 Aug 2017 07:33
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6964
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item