Islamofobia Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim Institut Pendidikan Guru (IPG)

Azizah binti Hussin, (2016) Islamofobia Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim Institut Pendidikan Guru (IPG). PhD thesis, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah.

[img]
Preview

Download (756Kb) | Preview

Abstract

Tesis ini adalah sebuah kajian kes tentang Islamophobia dalam kalangan mahasiswa non-muslim di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini meneliti tahap fobia dan pengaruh jihad, hudud serta poligami terhadap Islamophobia dalam pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kajian ini menggunakan kaedah bergabung melalui tinjauan soal selidik dan temu bual. Seramai 270 sampel dan empat peserta kajian terlibat dipilih daripada empat IPG Zon Timur menggunakan teknik rawak berstrata dan rawak bertujuan. Data kuantitatif dianalisis melalui perisian SPSS manakala data kualitatif dianalisis melalui perisian ATLAS.ti. Secara keseluruhan, isu jihad, hudud dan poligami tidak mempengaruhi Islamofobia. Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada Islamofobia seperti faktor menukar agama, larangan- larangan dalam Islam serta faktor budaya. Dapatan tahap fobia pula mencatatkan bahawa tahap fobia terhadap jihad dan poligami ialah takut manakala tahap fobia terhadap hudud adalah terancam. Namun tiada perbezaan ketara Islamofobia berdasarkan agama tetapi wujud perbezaan Islamofobia dari sudut jumlah kawan muslim. Secara umumnya, kajian ini mendapati pembelajaran kursus TITAS diakui membawa kesan yang positif kepada mahasiswa non-muslim. Kajian ini mencadangkan pembelajaran kursus TITAS diteruskan di IPG di seluruh Malaysia dengan beberapa penambahbaikan untuk mengurangkan Islamofobia dalam kalangan mahasiswa non-muslim.

Item Type: UMK Thesis (PhD)
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Supervisor: Dr. Nawi@ Mohd. Nawi bin Ismail
Programme: Ijazah Doktor Falsafah
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 17 May 2017 03:45
Last Modified: 17 May 2017 03:45
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6847

Actions (login required)

View Item View Item