UMK beri impak kepada pembangunan Jeli

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) UMK beri impak kepada pembangunan Jeli. [Photo Gallery]

[img]
Preview

Download (377Kb) | Preview
[img]
Preview

Download (201Kb) | Preview

Abstract

KEMAJUAN pesat kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut dirasai oleh penduduk Jeli terutamanya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk sekaligus merancakkan pembangunan infrastruktur awam di sekitar kawasan kampus universiti itu dengan pelbagai kemudahan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, penubuhan UMK memberi manfaat besar kepada masyarakat Jeli dan seharusnya mereka mengambil peluang ekonomi dengan menyediakan pelbagai keperluan untuk menampung permintaan warga universiti. Katanya, selain itu, pelbagai program yang dianjurkan oleh Universiti juga dapat memberikan manfaat kepada penduduk seluruh daerah Jeli disamping universiti dapat memindahkan sebahagian ilmunya kepada masyarakat. Beliau berkata demikian pada Majlis Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli dengan Masyarakat, di kampus Jeli, di sini, semalam. Sempena majlis itu, Dato’ Sri Mustapa dan Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose turut menyampaikan sumbangan wang zakat kepada 190 anak yatim daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh daerah Jeli.

Item Type: Photo Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 05 Aug 2012 12:20
Last Modified: 05 Aug 2012 12:20
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/673

Actions (login required)

View Item View Item