Video dokumentari permainan tradisional batu seremban kepada generasi muda.

Hasni Rohaida , Abd Rashid (2015) Video dokumentari permainan tradisional batu seremban kepada generasi muda. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Permainan tradisional merupakan permainan yang beraneka ragam jenis permainannya.Namun apa yang pengkaji ingin fokuskan adalah permainan tradisional yang digelar batu seremban.Di dalam permainan ini terkandungnya unsur-unsur tanggungjawab,kerjasama,disiplin dan toleransi.Sehubungan dengan itu,pengkaji ingin menerapkan kembali permainan tradisional batu seremban ini dalam kalangan remaja hari ini memandangkan permainan ini sudah semakin dilupakan ditelan arus zaman.Sebuah video dokumentari akan dibentuk setelah beberapa proses penyelidikan dijalankan dengan melihat secara teliti akan proses pembangunan dokumentari ini agar dapat menarik minat golongan remaja.Hal ini kerana,pengkaji melihat bahawa permainan ini sudah jauh ditinggalkan zaman.Jadi pengkaji ingin mengambil langkah inisiatif bagi melahirkan sebuah video dokumentari permainan tradisional batu seremban.hal ini bagi memastikan keberlangsungan permaianan warisan negara kita dapat dikekalkan untuk masa yang lebih lama.Di dalam pembuatan dokumentari ini,pelbagai aspek telah digunakan terutamanya dari segi tulisan,warna,keadaan sekeliling dan juga turut menggunakan suara bagi menjelaskan peraturan bermain batu seremban.Kesemua aspek ini sangat penting bagi menjayakan dokumentari batu seremban ini.Tulisan yang digunakan dalam dokumentari ini ialah century gothic dan juga abbeyline.Manakala dari segi warna pula pengkaji menggunakan warna terang bagi menaikkan seri dalam video yang dihasilkan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Iwan Zahar
Programme: Rekabentuk Komunikasi Visual
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 00:57
Last Modified: 21 May 2017 00:57
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6660

Actions (login required)

View Item View Item