Faktor utama obesiti melalui inforgrafik.

Hasmanadia, Othaman (2015) Faktor utama obesiti melalui inforgrafik. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.Faktor-faktor utama yang disenaraikan ialah faktor keturunan atau genetik,amalan pemakanan,aktiviti fizikal,pengaruh persekitaran dan pengaruh televisyen.Borang soal selidik telah dibina berdasarkan kelima-lima faktor ini.Soalan soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B yang mempunyai 16 soalan.Semua soalan ini kemudian akan diberikan kepada 50 orang responden yang mengalami masalah obesiti yang dipilih dari sebuah sekolah luar bandar di Bachok.Semua data yang dikumpul,dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan nilai min,mod dan median untuk mengenalpasti apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Arif Datoem
Programme: Multimedia
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 00:57
Last Modified: 21 May 2017 00:57
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6657

Actions (login required)

View Item View Item