Antibiotic resistance patterns and genetic relatedness of Salmonella Serotypes Isolated from chicken carcasses of retail markets and slaughterhouses In Kota Bharu, Kelantan

Suhaily Suhana Bt Mohd Yusoff, (2016) Antibiotic resistance patterns and genetic relatedness of Salmonella Serotypes Isolated from chicken carcasses of retail markets and slaughterhouses In Kota Bharu, Kelantan. Masters thesis, Faculty of Veterinary Medicine.

[img]
Preview

Download (655Kb) | Preview

Abstract

Salmonela bukan-tifoid merupakan antara penyebab utama penyakit bawaan makanan dan produk berasaskan ayam sering dikaitkan sebagai punca jangkitan tersebut. Salmonela serotip telah diasingkan dari karkas ayam di pasar runcit dan pusat penyembelihan. Di Kelantan, Salmonela telah diasingkan dari 64% ke 65% karkas ayam di pasar runcit dan rumah penyembelihan di Kota Bharu. Namun begitu, hubungkait Salmonela serotip daripada karkas ayam di pasar runcit dan rumah penyembelihan tidak pernah dikenalpasti. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti corak rintangan antibiotik dan hubungkait genetik Salmonela serotip yang diasingkan daripada karkas ayam di pasar dan rumah penyembelihan. Salmonela Corvallis, S.Enteritidis, S.Stanley dan S.Typhimurium yang diasingkan dari karkas ayam di pasar dan rumah penyembelihan di Kota Bharu telah digunakan dalam penyelidikan ini. Serotip tersebut telah diuji kerintangan terhadap 13 antibiotik dengan menggunakan kaedah penyebaran disk. Pengelasan molekular terhadap isolat tersebut dilakukan dengan teknik pengelasan pelbagai-lokus jujukan berdasarkan tujuh gen-gen penting (thrA, purE, sucA, hisD, aroC, hemD dan dnaN). Corak rintangan antibiotik bagi S.Corvallis dari karkas ayam di pasar dan rumah penyembelihan kebanyakkannya adalah serupa. Salmonella Stanley dan S.Typhimurium dari rumah penyembelihan adalah lebih rintang terhadap antibiotik berbanding isolat dari pasar. Sebaliknya, S.Enteritidis dari pasar adalah lebih rintang terhadap antibiotik berbanding S.Enteritidis dari rumah penyembelihan. Daripada 45 Salmonela isolat yang diuji, 91%, 82%, dan 69% adalah rintang terhadap sulfonamides, tetracycline dan streptomycin. Secara keseluruhan, 18% daripada isolat yang diuji adalah rintang terhadap lebih daripada tujuh antibiotik yang diuji. Salmonella Corvallis isolat 4C, 59, 43 dan 5C dari pasar runcit dan S.Corvallis isolat 64, 13C, 69 dan 70 dari rumah penyembelihan berasal dari jenis jujukan yang sama, ST1541. Sebagai kesimpulan, gabungan pengelasan pelbagai lokus jujukan (MLST) dan corak rintangan terhadap antibiotik menunjukkan bahawa S.Corvallis daripada karkas ayam dari pasar dan rumah penyembelihan di Kota Bharu mempunyai perhubungan genetik yang menunjukkan bahawa S. Corvalis ini berasal dari punca yang sama. Maklumat daripada penyelidikan ini boleh digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan aktiviti pencegahan yang sesuai untuk mengurangkan kadar pencemaran Salmonela dalam karkas ayam di rumah penyembelihan sebelum karkas ayam tersebut dihantar ke pasar.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Faculty: Faculty of Veterinary Medicine
Supervisor: Professor Dr. Mohd Mokhtar bin Arshad
Programme: Master of Science
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 19 Mar 2017 07:16
Last Modified: 23 Mar 2017 03:23
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6631

Actions (login required)

View Item View Item