Kajian pembungkusan terhadap aiskrim Malaysia melalui aspek komunikasi visual dalam kalangan pelajar UMK.

Andik Noor Nasriatul Mutmainnah, Mohd Nasir (2011) Kajian pembungkusan terhadap aiskrim Malaysia melalui aspek komunikasi visual dalam kalangan pelajar UMK. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dibuat ke atas pembungkusan aiskrim Malaysia iaitu "My Ice" melalui aspek komunikasi visual dalam kalangan pelajar UMK.Objektif kajian adalah untuk membuat pembaharuan terhadap aiskrim Malaysia melalui kaedah pembungkusan serta visual dengan mengaplikasikan bidang komunikasi visual.Melalui projek ini juga membantu memperkenalkan satu transformasi baru terhadap aiskrim tersebut serta menggalakkan masyarakat memilih buatan Malaysia.Melalui kaedah pembangunan,terdapat 4 kaedah yang dilakukan iaitu mencipta produk,membuat produk,pengiklanan dan juga kaedah menjual produk.Kaedah mencipta produk menerangkan tentang identiti korporat yang tertumpu pada logo,nama dan nama syarikat,rekaan pembungkusan dan rekaan visual.Kaedah membuat produk pula menerangkan secara terperinci tentang pelbagai jenis rekaan pembungkusan yang dibuat.Produk ini diiklankan dengan 2 kaedah iaitu poster dan signage.Manakala kaedah menjual produk dilakukan dengan jualan langsung serta promosi.Secara keseluruhannya,kajian ini dapat membuat pembaharuan terhadap jualan aiskrim Malaysia atau lebih dikenali dengan aiskrim batang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 01:00
Last Modified: 21 May 2017 01:00
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6613
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item