Kajian penggunaan perisian sketchup terhadap peningkatan pencapaian pelajar dalam topik geometri bagi subjek matematik kejuruteraan satu (BA101)

Hasni Mahmood, (2016) Kajian penggunaan perisian sketchup terhadap peningkatan pencapaian pelajar dalam topik geometri bagi subjek matematik kejuruteraan satu (BA101). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4 (1). pp. 99-108. ISSN 2289-4527

Official URL: http://teniat.umk.edu.my/images/TENIATVol4-2016/TE...

Abstract

Subjek matematik kejuruteraan satu merupakan subjek yang diwajib lulus bagi pelajar semester satu Politeknik Malaysia. Salah satu masalah pelajar yang mengambil subjek tersebut di Politeknik Kota Bharu ialah penguasaan dalam topik geometri. Pelajar menghadapi kesukaran apabila menjawab soalan berkaitan dengan pengiraan isipadu berbanding pengiraan luas. Kelemahan utama di kalangan pelajar ialah keupayaan daya visualisasi mereka apabila melibatkan soalan yang berkaitan lukisan geometri tiga dimensi (3D). Salah satu perisian yang membolehkan pensyarah meningkatkan kemahiran daya visualisasi pelajar ialah SketchUp versi asas untuk pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian SketchUp versi asas dalam meningkatkan pencapaian bagi topik geometri yang merupakan salah satu topik dalam subjek matematik kejuruteraan satu (BA101). Seramai 30 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk eksperimen ujian pra dan pos. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 20. Hasil kajian menunjukkan selepas penggunaan perisian SketchUp di dalam kelas, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos iaitu sebanyak 12.67%. Hasil dari ujian-t telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pos di mana nilai t=4.519. Dapatan kajian (ρ= 0.000, SD = 15.35) menunjukkan berlakunya peningkatan dalam penggunaan perisian SketchUp setelah dilakukan rawatan. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan perisian Google SktechUp versi asas ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran topik geometri dalam kelas matematik kejuruteraan satu di Politeknik Kota Bharu.

Item Type: Non-Indexed Article
Keywords: Daya visualisasi : Geometri: Perisian SketchUp
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 09 Feb 2017 06:57
Last Modified: 09 Feb 2017 06:58
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6556

Actions (login required)

View Item View Item