Masyarakat perlu seni budaya

Universiti Malaysia Kelantan, FTKW (2012) Masyarakat perlu seni budaya. [Image]

[img]
Preview
Image
pix_gal0.jpg

Download (21kB) | Preview

Abstract

Seni budaya tempatan semakin dilupakan kesan daripada globalisasi dan perkara ini menjadi topik utama pada perbincangan Wacana Ilmu: Pemikiran dan Perancangan Seni Budaya yang membincangkan buku, Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya karya Che Shamsudin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman. Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, melihat seni bina bangunan negara ini tidak menampilkan jati diri dan kajian menunjukkan gambar tiga bangunan perniagaan di Kuala Lumpur boleh ditemui di tujuh bandar lain di seluruh dunia. “Dalam kajian itu, responden daripada 5,000 pengguna laman sosial kebanyakannya memberi jawapan bahawa tiga bangunan terbabit terletak di luar negara dan ini menunjukkan keindahan seni bina tempatan tidak diaplikasikan dalam pembinaan bangunan di negara ini yang menyebabkan ia sama saja di luar negara,” katanya pada wacana yang dikendalikan pengarang Kumpulan Cerpen Ranum, Razali Endun.

Item Type: Image
Depositing User: Users 3 not found.
Date Deposited: 31 Jul 2012 09:45
Last Modified: 31 Jul 2012 09:45
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/655
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item