TNC (Akademik & Antarabangsa) dilantik Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor SISPA

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) TNC (Akademik & Antarabangsa) dilantik Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor SISPA. [Photo Gallery]

[img]
Preview

Download (66Kb) | Preview
[img]
Preview

Download (148Kb) | Preview

Abstract

TIMBALAN Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dilantik sebagai Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA, baru-baru ini. Beliau menerima pemakaian pangkat sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor Sispa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Wira Abu Seman Yusop, sempena Majlis Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kali Ke – 3 2012, di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, pada 18 Julai 2012. Selain Prof. Dr. Roselina, pemakaian pangkat baru itu turut melibatkan enam orang pegawai UMK Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi, En. Zulhazman bin Hamzah (Leftenan Kolonel Bersekutu) dan Ketua Pustakawan, En. Azman bin Hashim (Mejar Bersekutu). Manakala pemakaian pangkat bagi Kapten Bersekutu Kor Sispa UMK ialah Pegawai Belia dan Sukan, En. Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib, Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Fadli bin Mohd Zain, Penolong Pendaftar, En. Raja Azlan bin Raja Ismail dan Penolong Pendaftar Fakulti Perubatan Veterinar, Cik Nor Azlina binti Kamarudin.

Item Type: Photo Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 31 Jul 2012 09:44
Last Modified: 31 Jul 2012 09:44
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/652

Actions (login required)

View Item View Item