Kajian untuk Mempromosikan Kraf Tangan Gasing Uri Kelantan sebagai Salah Satu Alternatif Bahan Cenderamata.

Muhammad Zulhasri, Abu Bakar (2015) Kajian untuk Mempromosikan Kraf Tangan Gasing Uri Kelantan sebagai Salah Satu Alternatif Bahan Cenderamata. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kraf tangan gasing uri Kelantan adalah merupakan salah satu daya tarikan yang popular di negeri Kelantan kerana menjadi salah satu permainan tradisional yang paling popular.Namun,pada masa kini gasing semakin dilupakan.Kajian ini dilakukan khususnya kepada kraf tangan gasing uri Kelantan adalah kerana ingin memperkenalkannya dan memberi nafas baru kepada kraf tangan gasing ini agar terkenal semula dalam minda masyarakat.Sehubungan dengan itu,kajian ini merupakan kajian untuk mempromosikan kraf tangan gasing uri Kelantan sebagai salah satu alternatif bahan cenderamata.Penghasilan kraftangan gasing sebagai cenderamata adalah dengan memberi penekanan kepada elemen-elemen grafik yang sesuai diletakkan di atas permukaan gasing uri Kelantan.Motif dan corak yang dikaji adalah menggunakan motif organik yang sering digunakan dalam seni pembuatan ukiran,batik dan songket di Kelantan.Seterusnya,ikon,simbol,simbolik negeri Kelantan juga diterapkan di atas permukaan gasing seperti contoh menara rehal,rebana ubi,masjid kampung laut,gasing uri dan juga wayang kulit.Selain itu,kajian juga memfokuskan berkenaan reka cipta pembungkusan khas kraf tangan gasing yang difikirkan perlu dalam penghasilan sebagai produk cenderamata.Diharapkan supaya kajian ini dapat dijadikan satu sumbangan yang bermakna dalam usaha mempromosikan kraf tangan gasing uri Kelantan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2017 03:58
Last Modified: 13 Feb 2017 03:58
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6518
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item