Kajian Terhadap Rekabentuk Kerusi Makan di Kopitiam.

Muhammad Zuhairy, Zakaria (2015) Kajian Terhadap Rekabentuk Kerusi Makan di Kopitiam. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Tujuan utama projek ini adalah merekabentuk sebuah kerusi untuk kegunaan di kopitiam.Bagi projek ini ia difokuskan kepada kopitiam.Kerusi asal yang ditempatkan di kopitiam sekarang kebanyakannya tidak mempunyai tempat penyandar dan ini akan memberi sedikit ketidakselesaan kepada pengguna itu sendiri.Dalam projek ini sedikit pengubahsuaian akan dilakukan ke atas kerusi asal iaitu dengan mengambil kira soal-soal ergonomik dan keselesaan kepada pengguna.Pengubahsuaian ditumpukan kepada rekaan di bahagian belakang kerusi supaya pengguna dapat menyesuaikan diri apabila duduk.Dengan kata lain fokus kepada rekaan mekanisme sesebuah kerusi itu.Bagi mendapatkan maklum balas dari pengguna soal selidik telah dijalankan.Soal selidik dilakukan terus kepada pengguna dan dengan cara kaji selidik dari internet.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Hilmi Bin Harun
Programme: Rekabentuk Perindustrian
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 01:03
Last Modified: 21 May 2017 01:03
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6516

Actions (login required)

View Item View Item