Kajian Penghasilan Muzik Digital Gabungan Irama Rebab Tradisional dan Muzik Moden dalam Video Muzik.

Muhammad Zarul Syafik, Ismail (2015) Kajian Penghasilan Muzik Digital Gabungan Irama Rebab Tradisional dan Muzik Moden dalam Video Muzik. [Undergraduate Final Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk pembangunan produk muzik digital yang menggabungkan alat muzik tradisiponal iaitu rebab dengan muzik moden yang akan digunakan dalam video muzik yang berkonsepkan "Kinetic Typography".Masyarakat hari ini lebih menginginkan muzik yang bersesuaian dengan keperluan moden.Hal yang demikian menyebabkan muzik tradisional seperti rebab kurang mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya golongan remaja.Kajian ini dilakukan untuk menggabungkan alat muzik tradisional iaitu rebab dan muzik moden untuk menghasilkan satu irama yang dapat menarik minat golongan belia.Penghasilan muzik digital gabungan alat muzik tradisional iaitu rebab dan muzik moden ini sebagai satu medium bagi memperkenalkan kepada masyarakat kini tentang kesenian irama rebab.Gabungan alat muzik tradisional iaitu rebab dan muzik moden ini bukanlah bertujuan untuk merosakkan kesenian irama tradisional,tetapi untuk memanifestasikan nilai kecintaan terhadap alat muzik tradisional iaitu rebab ini.Muzik gabungan yang telah dihasilkan yang bertajuk "Primadona Yang Hilang" diedarkan kepada golongan belia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama melalui media sosial dan secara terus.Kemudian pengkaji mengambil maklum balas mengenai penerimaan terhadap muzik gabungan elemen tradisional dan moden tersebut.Sebanyak 95 peratus responden setuju bahawa muzik gabungan irama rebab dan muzik moden yang dihasilkan ini menarik dan sebagai medium memperkenalkan irama rebab tradisional.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 01:03
Last Modified: 21 May 2017 01:03
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6515
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item