Pembangunan Web-Penerapan Motif Batik Melalui Produk.

Noor Azwani, Darus (2015) Pembangunan Web-Penerapan Motif Batik Melalui Produk. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Batik adalah kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negara.Terdapat tiga jenis batik yang popular iaitu batik blok,batik conteng dan batik skrin.Motif batik memainkan peranan penting dalam pembuatan batik dimana pelangggan biasanya akan memilih batik dengan bermotifkan sesuatu yang menarik pada pandangan mata mereka.Terdapat tiga jenis motif yang biasanya digunakan iaitu motif flora,motif fauna dan motif geometri.Namun begitu,ramai golongan muda yang sudah melupakan tradisional ini.Bagi menarik lagi minat golongan muda,kajian mengenai batik perlu diteruskan dan giat dijalankan.Kajian melalui soal selidik dan pengumpulan data amat merangsangkan dimana ada lagi golongan yang masih mengusahakan batik secara tradisional.Hasil kajian mendapati batik walaupun tidak ramai yang tahu cara pembuatannya namun begitu,masih ada golongan yang mengusahakannya supaya batik terus berkembang maju seiring dengan arus pembangunan.Oleh itu,melalui kaedah pengiklanan dan juga blog akan mampu menarik minat golongan tertentu,penyebaran melalui internet akan meluaskan lagi skop perjalanan batik.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2017 03:48
Last Modified: 13 Feb 2017 03:48
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6510
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item