Merekabentuk Bangku Berkonsepkan Warisan Melayu (Awan Larat).

Mohamad Shafik , Che Harun (2015) Merekabentuk Bangku Berkonsepkan Warisan Melayu (Awan Larat). [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Projek tahun akhir ini adalah mengenai "bangku yang berkonsepkan warisan",seperti kata Marzita Puteh,beliau menegaskan bahawa kesenian adalah sesuatu nilai yang menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun temurun lagi.Oleh hal yang demikian unsur kesenian diterapkan dalam projek ini serta projek ini lebih tertumpu kepada perabot atau bangku yang digunakan di taman,kawasan pantai,pusat membeli belah dan sebagainya.Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan kaedah kualitatif dalam aspek metodologi kajian bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih baik dan memberi jawapan yang jelas kepada persoalan yang diutarakan.Kajian ini juga lebih menerapkan kepada mengekalkan ukiran melayu terhadap rekaan bangku,memberi pendedahan terhadap motif melayu kepada masyarakat dan mengkaji penggabungan elemen ukiran melayu dengan rekabentuk bangku.Proses penghasilan produk telah dimulakan dengan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan permasalahan bangku yang sedia ada.Setelah dianalisis satu rekabentuk baru telah dihasilkan.Kajian dibuat dengan melihat permasalahan bangku terhadap penggunaannya,keselesaan yang tidak mencukupi untuk aktiviti manusia,dan kurang menekankan aspek keselamatan.Hasil daripada temubual yang dijalankan mendapati bahawa konsep yang ingin diketengahkan mendapat maklum balas yang positif.Oleh hal yang demikian rekaan yang dibuat dalam projek ini telah menekankan aspek keselesaan dalam rekaan bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dalam rekaan bagi menjamin keselamatan pengguna.Kajian ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan mutu perabot di Malaysia ke arah yang lebih baik dan sistematik sekaligus permasalahan yang wujud dapat diselesaikan demi mencapai kehidupan yang selesa pada masa akan datang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 08:36
Last Modified: 21 May 2017 08:36
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6499
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item