Kajian Tentang penjenamaan Semula Identiti Korporat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Mohammad Idris , Abu Bakar (2015) Kajian Tentang penjenamaan Semula Identiti Korporat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Penjenamaan semula sangat penting terhadap Perbadanan Muzium Negeri Kelantan kerana ia telah lama wujud.Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti konsep utama logo dan melakukan penjenamaan semula logo Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.Ia juga bertujuan membuat rekaan baru dan merekacipta set lengkap identiti korporat bagi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.Hal ini kerana,logo yang sedia ada begitu lama dari segi reka bentuk,corak,kedudukan reka letak,terlalu padat dengan item-item dan tulisan jawi sukar untuk dibaca.Bukan itu sahaja,item-item identiti korporat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan juga tidak lengkap dari segi rekaan daripada pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan itu sendiri.Kaedah kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan sumber maklumat yang terperinci melalui temubual,soal selidik,pemerhatian,buku dan internet.Hasil kajian yang telah diperolehi ialah dapat merekacipta logo Perbadanan Muzium Negeri Kelantan yang baru dan mencipta satu rekaan untuk diletakkan pada item-item korporat pada organisasi tersebut.Oleh hal yang demikian,kajian ini dapat membantu penyelidik untuk mengetahui konsep utama dan kepentingan penjenamaan semula sesebuah badan organisasi.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 08:37
Last Modified: 21 May 2017 08:37
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6495
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item