Mohamad Amirulsyafiq, Mohd Khairi (2015) Pembangunan Seni Arca Media Baru Menggunakan Teknik Pemetaan Video. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)
Full text not available from this repository.Abstract
Tesis ini adalah bertujuan untuk membangunkan seni arca dengan mengaplikasikan media baru sebagai bahantara untuk berkarya.Kajian ini dijalankan kerana melihat kecenderungan karya-karya seni tempatan yang menitik beratkan medium konvensional dan tahap penerimaan masyarakat terhadap karya media baru di Malaysia kurang memuaskan.Kemajuan teknologi juga telah mempengaruhi kreativiti seniman untuk menghasilkan karya-karya yang baru,kreatif dan menjadi transformasi dari segi gaya pengucapan atau penyampaian berkarya hasil daripada gabungan unsur seni dan teknologi.Seni arca media baru ini dibangunkan menggunakan teknik pemetaan video bagi memaparkan kesan visual yang lebih dinamik terhadap rekabentuk arca.Kajian penilaian seni arca media baru daripada persepsi audien telah dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penerimaan dan keberhasilan menarik minat tentang hasil karya.
Item Type: | Undergraduate Final Year Project Report |
---|---|
Faculty: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
Depositing User: | Mr. Mohd. Fadzli Ismail |
Date Deposited: | 02 Aug 2017 07:32 |
Last Modified: | 02 Aug 2017 07:32 |
URI: | http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6494 |
Repository Statistic: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |