"iBooks Rukun Iman" Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah.

Mardhiah , Mohd Puad (2015) "iBooks Rukun Iman" Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembelajaran menggunakan medium mudah alih (mobile learning) mampu memberikan impak positif dalam meningkatkan amalan dan pengajaran.Namun di Malaysia,penggunaan platform pembelajaran mobil seperti e-book,i-books dan cd interaktif dalam pendidikan Islam prasekolah adalah amat minimum.Oleh itu,kajian kualitatif pembangunan dan penerimaan teknologi ini telah dijalankan di sebuah sekolah di pantai timur semenanjung Malaysia melibatkan 2 orang guru dan 4 orang pelajar.Produk buku interaktif iBooks terhadap subjek prasekolah pendidikan Islam Rukun Iman telah dipilih dan dibangunkan untuk platform iOS sebagai alat bantu mengajar guru dan bahan pembelajaran untuk pelajar.iBooks bertajuk 'Rukun Iman Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah' telah dipilih dan dibangunkan dengan menggabungkan elemen grafik dan antaramuka pengguna sesuai dengan kanak-kanak prasekolah.Hasil pemerhatian,responden guru mendapati sangat bersetuju menggunakan iBooks sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.Responden pelajar juga mendapati dengan penerapan elemen-elemen multimedia,pelajar mudah menerima pelajaran baru dengan lebih cepat.Kesimpulannya,iBooks Pendidikan Rukun Iman amat penting dalam pembelajaran masa kini.Kewujudan aplikasi iBooks seiring dengan kemajuan globalisasi mendekatkan pelajar dan pendidikan dalam menuntut ilmu.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 00:52
Last Modified: 21 May 2017 00:52
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6493
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item