Eksplorasi rekabentuk jentolak masa hadapan.

Mohamad Fasran , Razali (2015) Eksplorasi rekabentuk jentolak masa hadapan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Rekaan jentolak yang direka ialah hasil daripada pembaharuan rekaan jentolak sedia ada.Idea diperoleh apabila pereka kerap kali mengalami masalah apabila mengekori sesebuah jentolak apabila melalui jalan raya.Hal ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya apabila musim cuti sekolah dan musim perayaan.Oleh itu,pengkaji telah memberi inovasi baharu terhadap rekaan jentolak untuk menyelesaikan masalah berikut di samping mereka sebuah rekabentuk baru yang bertemakan masa hadapan.Inovasi terhadap rekaan jentolak ini dapat dilihat apabila pengkaji menggunakan rekaan asal yang tidak begitu sesuai untuk digunakan di atas jalan raya kepada rekaan yang lebih sesuai untuk penggunaan di atas jalan raya.Keseluruhan bahagian jentolak diubah suai terutamanya bahagian tayar.Pada asalnya,penggunaan tayar hanya menggunakan tayar berbentuk bulat,tetapi telah diubah rekaannya kepada bentuk tiga segi.Penggunaan tayar berbentuk ini disesuaikan penggunaan bahannya untuk lebih sesuai bagi melalui jalan raya.Bahagian badan pula pula diubah kepada bentuk yang lebih menarik dan bertutup untuk menjamin keselesaan pemandu.Bahagian 'bachoe' dan 'loader' diberi sedikit inovasi supaya kelihatan unsur masa depan yang ingin diterapkan.Selain itu,penggunaan warna telah ditambah daripada warna oren sahaja kepada oren dan silver.Struktur rekabentuknya juga mementingkan aerodinamik supaya ia dapat bergerak dengan lebih laju di jalan raya disamping mementingkan aspek keselamatan bagi pengguna jalan raya yang lain.Rekaan ini banyak menonjolkan imej yang dapat menggambarkan masa hadapan.Juga,diterbitkan unsur estetik dalam rekaan jentolak ini supaya kelihatan lebih menarik dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kini.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 21 May 2017 00:53
Last Modified: 21 May 2017 00:53
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6487
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item