Mereka bentuk perabot kontemporari berunsurkan Baba Nyonya

Khairunazrah Abdul Razak, (2015) Mereka bentuk perabot kontemporari berunsurkan Baba Nyonya. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Reka bentuk meja sudut Kontemporari dipengaruhi oleh reka bentuk perabot Baba Nyonya merupakan tajuk kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk cucuk sanggul Baba Nyonya dalam rekaan perabot/side table.Penerapan elemen Baba Nyonya adalah untuk menggambarkan identiti Baba Nyoya seperti kita sedia maklum Baba Nyonya merupakan masyarakat yang amat dikenali di negeri melaka,maka penerapan elemen Baba Nyonya bertepatan dengan objektif utama kajian iaitu untuk menghasilkan satu perabot yang beridentitikan masyarakat Baba Nyonya.Hal ini penting kerana secara tidak langsung dapat menggambarkan Melaka sebuah negeri yang penuh dengan kesenian,tambahan lagi Melaka ini merupakan salah satu tempat pelancongan di Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong asing,keadaan ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan keunikan Melaka kepada mereka semua.Kaedah yang digunakan dalam proses mereka bentuk perabot/side table ialah Biomimikri.Biomimetik atau biomimikri adalah tiruan daripada model atau influence,sistem dan unsur-unsur alam semulajadi.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 04 Feb 2018 01:55
Last Modified: 04 Feb 2018 01:55
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6482
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item