Kajian dalam mempromosikan kuih tradisional Jala Mas Kelantan.

Nor Afifah Hanim, Ag Lah (2015) Kajian dalam mempromosikan kuih tradisional Jala Mas Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada mempromosikan kuih tradisional Jala Mas melalui penghasilan poster.Tiada hebahan serta promosi yang berterusan terhadap kuih tradisional Jala Mas ini pada umum masyarakat negeri Kelantan.Penyelidik terlebih dahulu membuat kajian terperinci sebelum menghasilkan sebuah poster.Pelbagai langkah telah di ambil untuk menghasilkan poster mempronmosikan kuih tradisional Jala Mas.Bermulanya kajian penyelidik membuat penyelidikan di kawasan yang terdapat kuih tradisional Jala Mas iaitu di Pasar Siti Khadijah,di Kota Bharu.Temu bual penyelidik dengan beberapa orang peniaga dan pembeli kuih Jala Mas kawasan Pasar Siti Khadijah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dan mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat sekitar.Hasil kajian,penyelidik mendapati medium poster mencatatkan jumlah paling tinggi hasil edaran borang soal selidik dan temu bual masyarakat.Beberapa lakaran hasil idea penyelidik dalam menghasilkan poster yang bersesuaian dan mudah difahami masyarakat.Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti poster yang sesuai untuk mempromosikan kuih tradisional Jala Mas kepada masyarakat.Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang dalam komunikasi visual,penyelidik mengambil langkah memperkenalkan kuih tradisional Jala Mas melalui medium penyampaian poster.Selari dengan pendekatan pelbagai kajian terdahulu telah dijalankan untuk memenuhi objektif kajian.Penyelidik perlu membuat kajian terperinci jenis-jenis poster dan konsep yang perlu digunakan untuk menarik minat masyarakat.Dengan adanya medium poster yang bersesuaian dan penggunaan grafik yang menarik mampu menarik perhatian dan minat masyarakat untuk melihatnya.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 07:51
Last Modified: 16 Nov 2016 07:51
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6448
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item