Pengolahan senibina pertukangan tanggam dalam kajian rekabentuk perabot.

Siti Norasimah , Md Tahib (2015) Pengolahan senibina pertukangan tanggam dalam kajian rekabentuk perabot. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kaedah tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang Melayu terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan.Kekuatan ini bergantung pada mutu jalinan kaedah penyambungan tersebut.Satu ciri unik dalam sistem tanggam tradisi ialah wujudnya elemen pengunci sebagai pengukuh keseluruhan kerangka bangunan."Pemeting" atau "cemat penetap" dipasang pada komponen terakhir sesuatu bentuk sambungan yang bertindak sebagai pengunci.Sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula.Tanggam Pemidang dipilih untuk dijadikan konsep utama pada perabot.Hal ini kerana konsep yang digunakan adalah bersesuai dengan Tanggam Pemidang iaitu Tanggam Lekap Bajang T.Rekabentuk perabot pula dikaji supaya setiap penyambungan akan membentuk satu bentuk yang menarik.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 08:00
Last Modified: 16 Nov 2016 08:00
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6381
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item