Perancangan pembangunan reka bentuk web permainan wayang kulit.

Siti Zulaikha, Mahussin (2015) Perancangan pembangunan reka bentuk web permainan wayang kulit. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada perancangan pembangunan reka bentuk permainan wayang kulit.Wayang kulit merupakan salah satu tinggalan warisan kebudayaan melayu yang mengandungi nilai seni yang sangat berharga yang perlu dipelajari.Malangnya,dengan perkembangan dunia teknologi,permainan wayang kulit semakin tidak popular terutamanya di kalangan remaja dan belia.Oleh hal yang demikian,perancangan pembangunan reka bentuk web dibina untuk memberi pendedahan dan sekaligus boleh menarik semula minat belia untuk mengenali semula permainan wayang kulit dan hasilnya menunjukkan bahawa remaja pada zaman sekarang lebih berminat untuk mendapatkan maklumat di internet melalui website dengan reka bentuk website interaktif dan reka bentuk inovatif.Reka bentuk website ini di kaji berdasarkan hasil daripada soal selidik 50 orang responden untuk mengukuhkan lagi kajian.Perisian utama dalam perancangan reka bentuk website ini ialah menggunakan Adobe Indesign dan di bantu dengan perisian lain seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop untuk membuat design serta susunan reka bentuk akhir perancangan reka bentuk web ini.Reka bentuk website ini juga menggunakan warna yang terang seperti merah,biru dan juga hitam yang boleh memberi tarikan kepada golongan remaja dan belia.Reka bentuk website ini juga berkonsepkan interaktif.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 11:34
Last Modified: 16 Nov 2016 11:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6322
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item