Membangun rangka kerja takaful harta untuk kelestarian perusahaan kecil dan sederhana

Mohamed Dahlan Ibrahim, and Fauzilah Salleh, and Razman Hafifi Redzuan, Membangun rangka kerja takaful harta untuk kelestarian perusahaan kecil dan sederhana. In: Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014, 4-6 April 2016, Pullman Putrajaya Lakeside. (Submitted)

Abstract

Malaysia telah dilanda musibah banjir besar khususnya di negeri pantai timur semenanjung, Kelantan pada akhir tahun 2014. Dalam kejadian ini, hampir 70 peratus pelaburan PKS dalam bentuk peralatan, mesin, inventori dan stok barangan siap musnah sama sekali. Tidakkah ada satu skim perlindungan takaful yang komprehensif yang dapat melindungi harta PKS daripada bencana seperti banjir? Justeru, kajian ini mengambil inisiatif untuk merangka satu rangka kerja baru skim takaful harta yang komprehensif bagi tujuan melindungi aset PKS apabila berlakunya musibah banjir. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan survei kajian ke atas 251 PKS, 88.5 peratus daripada mereka telah menyatakan bahawa mereka kerugian antara RM1,000 hingga RM30,000 dalam bentuk aset ketara seperti perlatan, mesin dan inventori langsung menyukarkan mereka untuk memulakan kembali perniagaan mereka. Perbincangan kumpulan berfokus melibatkan 16 peserta mewakili 6 agensi pada dasarnya telah menyatakan persetujuan mereka terhadap skim SME-ART© yang dicadangkan oleh pihak penyelidik. Di samping perlindungan kepada kerosakan fizikal, kerosakan bukan fizikal seperti kehilangan mata pencarian, peluang, pekerjaan serta trauma psikologi adalah lebih sukar untuk ditaksir. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan menggubal polisi perundangan untuk membolehkan skim SME-ART© ini dilaksanakan menerusi KPDNKK, SSM dan SMECorp dan mewajibkan PKS untuk mengambil polisi takaful ini sebeium mereka boleh memperbaharui pendaftaran perniagaan masing-masing. Sekiranya dapat dilaksanakan, kajlan ini telah berupaya untuk meringankan beban kerajaan dari segi bayaran wang ihsan atau pampasan kepada mereka yang terlibat dan seterusnya dapat memastikan kelestarian PKS.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Deposited By: En. Wahyudi Yusra Zulfin
Date Deposited: 16 Nov 2016 11:29
Last Modified: 16 Nov 2016 11:29
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6287

Actions (login required)

View Item View Item