Kempen cegah penyakit kencing tikus(Leptospirosis).

Siti Nur Rohaya, Md Rafie (2015) Kempen cegah penyakit kencing tikus(Leptospirosis). [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dilakukan kerana masyarakat kurang terdedah dengan kempen kesedaran mengenai penyakit kencing tikus melalui medium infografik di negeri Kelantan.Kajian ini menggunakan pendekatan kempen melalui infografik bagi memberikan maklumat yang jelas,ringkas dan padat kepada masyarakat.Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan holistik iaitu melalui kajian kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian,kaedah temubual berstruktur dan borang kaji selidik.Infografik yang menggunakan konsep ikon adalah lebih mudah untuk menarik perhatian masyarakat untuk melihat dan membacanya.Ikon yang dihasilkan menggunakan ikon ynag ringkas dan memudahkan masyarakat untuk memahami maksud ikon tersebut.Warna yang digunakan untuk menghasilkan medium ini ialah warna hitam dan kuning.Warna hitam melambangkan perlindungan dan kekuatan pada sesuatu reka bentuk yang dihasilkan.Manakala warna kuning pula bermaksud ingatan,imaginasi logik,kekuatan,pemahaman dan juga dapat menarik perhatian.Selain itu,tipografi yang digunakan untuk tajuk ialah Century Gothic dan tipografi untuk semua teks ialah Arial.Reka bentuk yang dihasilkan akan menjadikan penonton mudah untuk menerima dan memahami maklumat yang disampaikan.Oleh sebab itu,diharapkan dengan penghasilan medium infografik ini akan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyakit kencing tikus(leptospirosis)

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 11:03
Last Modified: 16 Nov 2016 11:03
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6265
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item