Rumusan konsep dan hala tuju

Mohd Rosli Mohamad, and Noor Hisham Md Nawi, (2015) Rumusan konsep dan hala tuju. In: Konsep Keusahawanan Sosial Islam : suatu pengenalan. Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan, pp. 163-171. ISBN 9789670955049

[img]
Preview

Download (169Kb) | Preview

Abstract

Konsep usahawan dan keusahawanan mula menjadi perhatian masyarakat dunia ekoran daripada revolusi industri yang telah berlaku di Eropah pada abad ke-18. Hasil kreativiti dan inovasi segolongan manusia, iaitu usahawan, melalui aktiviti keusahawanan mereka telah mengubah cara dunia berfikir dan bertindak dalam menjalani kehidupan harian. Pada awal revolusi industri, aktiviti keusahawanan dilakukan oleh usahawan kecil atau lebih dikenali sebagai keusahawanan Schumpeterian. Namun begitu, persaingan yang hebat di pasaran Eropah dan keperluan organisasi itu sendiri untuk terus kekal bersaing, organisasi besar mulai muncul di Eropah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dengan kuasa modal dan teknologi yang ada, kumpulan organisasi perniagaan gergasi dunia dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea Selatan terus menguasai dunia keusahawanan. Walaupun organisasi perniagaan kecil dan sederhana lebih dominan dari segi bilangan pertubuhan, dominasi organisasi besar lebih ketara dari segi guna tenaga, pelaburan dan bahagian pasaran (Mohd Rosli, 2000).

Item Type: Book Section
ISBN: 9789670955049
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 21 Aug 2016 06:32
Last Modified: 21 Aug 2016 06:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6230

Actions (login required)

View Item View Item