Perspektif keusahawanan sosial : satu input kepada pendidikan keusahawanan sosial islam

Anis Amira AB Rahman, (2015) Perspektif keusahawanan sosial : satu input kepada pendidikan keusahawanan sosial islam. In: Konsep Keusahawanan Sosial Islam : suatu pengenalan. Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, pp. 69-86. ISBN 9789670955049

[img]
Preview

Download (364Kb) | Preview

Abstract

Keusahawanan sosial merupakan satu fenomena penting dalam bidang ilmu keusahawanan kerana ilmu ini mampu untuk membantu dan juga satu altenatif penyampaian kepada perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, perumahan dan sistem sokongan masyarakat (Keitsch, Sigurjonsson, Nilsen & Spencer, 2013). Keusahawanan sosial juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui penciptaan nilai seperti pembangunan pekerjaan, inovasi barangan dan perkhidmatan, modal sosial, dan equiti promosi (Sivathanu & Bhise, 2013). Contoh terdekat keusahawanan sosial ialah Grameen Bank yang memberi mikro kredit kepada masyarakat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan hidup mereka (Martin & Osberg, 2007). Keusahawanan sosial dan pendidikan keusahawanan ialah dua cabang dalam bidang keusahawanan. Pada masa kini fenomena keusahawanan sosial telah banyak dikaji dan ilmu keusahawanan sosial telah diajar di institusi pendidikan tinggi. Walaupun telah banyak kajian yang dibuat mengenai keusahawanan sosial, kesepakatan tentang definisi keusahawanan sosial masih lagi tidak tercapai (Abu-Saifan, 2012; Mhd-Sarif, Sarwar, & Ismail, 2013). Keadaaan ini menyebabkan tidak terdapat rangka kerja yang jelas terutama isi kandungan kursus keusahawanan sosial yang perlu diajar kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi (Abu-Saifan, 2012)

Item Type: Book Section
ISBN: 9789670955049
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 18 Aug 2016 02:37
Last Modified: 18 Aug 2016 02:38
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6214

Actions (login required)

View Item View Item