Penghasilan ilustrasi panel hikayat Merong Mahawangsa dalam novel grafik interaktif.

Shahreiny, Amran (2015) Penghasilan ilustrasi panel hikayat Merong Mahawangsa dalam novel grafik interaktif. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelidikan ini dihasilkan bertujuan untuk mengkaji kesesuaian ilustrasi panel di dalam novel grafik interaktif yang bercirikan cerita warisan dalam bentuk animasi sebagai bahan kajian.Dalam kajian yang telah dilakukan,terdapat penyataan masalah yang boleh didapati dalam cerita hikayat warisan sebagai tambahan kajian.Pada masa kini,pengkarya-pengkarya novel grafik di Malaysia,kurang menggunakan mesej yang bercirikan cerita warisan dalam novel grafik interaktif.Terdapat kekurangan dari segi penyusunan imej gambar,teks,pemilihan warna dan lain-lain turut menjadi kajian dalam penyelidikan ini.Penyelidikan ini juga menggunakan data sekunder iaitu data maklumat yang boleh ditemui secara terus dari sumber yang diperolehi dari sumber buku atau pemerhatian.Topik penyelidikan ini juga difokuskan kepada dua penyelidikan iaitu dalam penghasilan ilustrasi panel dan penghasilan novel grafik interaktif.Dalam struktur cerita hikayat novel grafik ini juga,mempunyai permulaan,pertengahan dan akhir penceritaan,serta watak utama yang akan mencetuskan konflik dan kemuncak dalam cerita untuk menarik minat golongan masyarakat dari segi penambahan visual interaktif tambahan.Pengguna diberi beberapa tahap interaksi dengan peristiwa berdasarkan hasil cerita.Hasil pelaksanaan ini,menunjukkan penghasilan ilustrasi panel dalam novel grafik dapat menarik minat golongan muda terhadap novel grafik yang berbentuk warisan budaya hidup dan cerita rakyat yang terdapat di negara kita.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 11:01
Last Modified: 16 Nov 2016 11:01
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6194
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item