Pakaian aktif untuk permainan silat.

Sarina , Awang (2015) Pakaian aktif untuk permainan silat. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Di dalam tesis ini,membincangkan salah satu khazanah warisan adat dan budaya masyarakat Melayu.Aspek yang diteliti adalah mengenai pakaian aktif untuk permainan silat.Silat Melayu terzahir dalam pelbagai jenis teknik gerak tari daripada alam Melayu.Bentuk silat dapat dilihat dalam pelbagai aspek iaitu aspek spiritual,seni budaya,bela diri dan olahraga.Seni silat dapat memenuhi keperluan manusia yang aktif bagi menyediakan satu aktiviti permainan yang mempunyai elemen perlawanan.Oleh yang demikian,pakaian yang dipakai juga perlulah tahan lasak iaitu bersesuaian dengan sifat aktif silat.Pakaiannya juga seloknya boleh dipakai untuk melakukan aktiviti sukan,atau apa sahaja latihan fizikal serta ketika bersantai.Produk ini bukan sahaja menghasilkan baju bersesuaian dengan silat,malah dapat menunjukkan ciri-ciri ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang.Koleksi warna pakaian adalah berasaskan warna tali pinggang silat.Hal ini disebabkan elemen warna sangat penting untuk menambahkan nilai estetik dan artistik.Konsep rekaan adalah berasaskan gerakan seni mempertahankan diri,manakala rupa dan tekstur bahan bermotifkan flora dan fauna bagi menyerlahkan rekaan temporari permainan silat.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 11:01
Last Modified: 16 Nov 2016 11:01
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6178
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item