Kerohanian dalam keusahawanan islam : perspektif Al-Ghazali dalam kitab Ihya'"Ulum Al- Din

Nik Yusri Musa, and Nurullah Kurt, (2015) Kerohanian dalam keusahawanan islam : perspektif Al-Ghazali dalam kitab Ihya'"Ulum Al- Din. In: Konsep Keusahawanan Sosial Islam : suatu pengenalan. Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan, pp. 22-46. ISBN 9789670955049

[img]
Preview

Download (478Kb) | Preview

Abstract

Al-Ghazali (450-505 H), merupakan satu nama yang cukup dikenali dalam bidang kesarjanaan Islam. Beliau dilahirkan di Thuss, sebuah daerah di Khurasan, Persia (Iran). Beliau digelar sebagai Hujjat al-Islam kerana sumbangan besar beliau dalam bidang penulisan. Karya beliau Ihya’ Ulum al-Din antara karya yang diakui dalam dunia kesarjanaan. Secara umumnya Ihya Ulum al-Din membicarakan mengenai peraturan umum Islam sebagai al-Din. Perbincangan mengenai usahawan dan keusahawanan merupakan sebahagian daripada perbincangan yang terdapat dalam al-Ihya. Istilah yang digunapakai dalam al-Ihya yang hampir maksudnya dengan keusahawanan ialah al-tijarah iaitu istilah yang terdapat penggunaannya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Al-Ghazali membahaskannya konsep adab dan etika kehidupan yang terangkum didalamnya etika mencari rezeki dan sumber kehidupan secara tafsil dan terperinci berdasarkan kerangka asas Islam. Beliau membicarakan topik yang berkaitan berdasarkan suluhan wahyu dalam kitab Adab al-Kasb wa al-Ma’asy dalam bab yang ketiga dari empat bab dalam perbahasan mengenai adab dan etika kehidupan. Secara umumnya al-Ghazali mengemukakan gagasan pemikiran akhirat dan etika keusahawanan yang berteraskan penyucian rohani sebagai tunjang utama dalam keusahawanan.

Item Type: Book Section
ISBN: 9789670955049
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 16 Aug 2016 02:52
Last Modified: 16 Aug 2016 02:55
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6170

Actions (login required)

View Item View Item