500 warga UMK rai maulidur rasul

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2011) 500 warga UMK rai maulidur rasul. [Photo Gallery]

[img]
Preview

Download (26Kb) | Preview

Abstract

Sambutan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi di negara ini turut dihayati pelajar di institusi pengajian tinggi yang menganggapnya satu peluang 'mencaj' kembali ingatan kepada perjuangan dan panduan hidup yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) umpamanya tidak ketinggalan menyertai acara perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat universiti itu baru-baru ini, sebagai satu simbol menyatakan kecintaan kepada junjungan besar umat Islam itu.Sambutan itu mendapat sambutan kira-kira 500 warga kampus terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang berarak mengelilingi kawasan pusat perniagaan di Pengkalan Chepa iaitu lokasi sementara kampus UMK sambil mengangkat sepanduk dan berselawat beramai-ramai.Program perarakan dan ceramah anjuran Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UniPeN) UMK itu diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed.

Item Type: Photo Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 22 Jul 2012 10:30
Last Modified: 22 Jul 2012 10:30
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/617

Actions (login required)

View Item View Item