Konsep keushawanan islam : terminologi, kerohanian dan al- falah

Mohd Zain Mubarak, (2015) Konsep keushawanan islam : terminologi, kerohanian dan al- falah. In: Konsep Keusahawanan Sosial Islam : suatu pengenalan. Universiti Malaysia Kelantan, pp. 1-21. ISBN 9789670955049

[img]
Preview

Download (308Kb) | Preview

Abstract

Keusahawanan Islam difahami dalam konteks yang meluas melibatkan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. atau memenuhi tuntutan (حبل من الله) dan (حبل من الناس) iaitu hubungan manusia dengan Pencipta dan juga hubungan sesama manusia. Hubungan berkenaan bukan sekadar berkaitan dengan aspek perniagaan tetapi juga sebagai ibadat yang mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.. Budaya keusahawanan Islam selari dengan nilai-nilai Islam dan harus diterap serta diamalkan untuk mengubah persepsi terhadap amalan dalam bidang perniagaan sahaja tetapi juga menghayati nilai-nilai yang wujud dalam keusahawanan itu sendiri (Abdul & Suhaila, 2005). Keusahawanan Islam membawa pengamalnya supaya lebih peka kepada peranan mereka untuk memakmurkan dunia dengan cara yang halal dan diredai (Adnan & Mohamad, 2002). Penulisan ini menyentuh tentang aspek terminologi berkaitan keusahawanan dalam Islam dan elemen penting yang tidak dapat dipisahkan dengannya iaitu kerohanian dan al-Falāḥ.

Item Type: Book Section
ISBN: 9789670955049
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 16 Aug 2016 00:33
Last Modified: 16 Aug 2016 00:44
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6163

Actions (login required)

View Item View Item